Realme C51 Dengan Ciri Seumpama “Dynamic Island” Akan Dilancarkan Di Malaysia 27 September Ini Pada Harga RM549

TechnologyDigital
25 Sep 2023 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Malaysia hari ini mengumumkan telefon pintar kelas asas mereka, iaitu realme C51 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 September kelak. Peranti ini sudah pun dilancarkan di China dan turut telah tersenarai dalam pangkalan data SIRIM sejak dua bulan lalu.

image is not available

Menurut realme, Realme C51 ini membenarkan pengguna Android merasai pengalaman penggunaan seumpama Dynamic Island iPhone 15 pada harga lebih mampu milik, sama seperti realme C53 dan C55. Realme C51 dilengkapi dengan skrin 6.7-inci IPS LCD HD+, dijana dengan cip Unisoc T612 yang dipadankan dengan memori 4GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 64GB. Untuk kamera, Realme C51 ini dilengkapi dengan sensor 50+2 Megapixel dan kamera swafoto 8MP.

image is not available

Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan USB-C sepantas 33W. Realme turut menyertakan sistem biometri imbasan cap jari di sisi, mengekalkan port bicu audio 3.5mm dan hadir dengan rekaan rata di sisi, skrin dan panel belakang yang menyerupai iPhone 15 Pro. Walaupun peranti akan dilancarkan pada 27 September nanti, beberapa penjual tempatan telah pun menjual set rasmi realme C51 Malaysia pada harga RM549.