Realme C61 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 Ogos 2024

TechnologyDigital
22 Jul 2024 • 10:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme mengesahkan kehadiran peranti baharu di bawah siri C pada 2 Ogos 2024. Ianya dikenali sebagai Realme C61 yang dipasarkan sebagai telefon dengan tubuh tahan lasak. Pada masa sama diberi penarafan kalis air IP54 sebagai pelindungan tambahan. Menariknya lagi apabila Realme turut menjanjikan jaminan gantian peranti dalam tempoh dua tahun.

image is not available

Menyentuh soal rekaan peranti dilengkapi bonggol kamera utama seakan Realme C63 dengan dua sensor disertakan bersama. Ini berbeza sama sekali dengan versi yang dilancarkan di India sebelum ini. Justeru kita turut boleh menjangkakan berlakunya perbezaan dari segi perkakasan dalaman.

Satu-satunya yang diketahui buat masa ini hanyalah peranti boleh menawarkan kapasiti memori 6GB RAM bersama storan dalaman 256GB. Nantikan pelancaran rasminya kelak untuk ketahui lebih banyak maklumat mengenai peranti yang akan turut kami kongsikan dalam artikel akan datang.