Mahukan telefon pintar mampu milik tetapi dengan bateri yang mampu bertahan dua hari? Ini ialah dijanjikan oleh Realme C71 dengan peranti ini akan mula dijual di Malaysia pada 12 Jun ini. Realme C71 hadir degan skrin 6.72″ IPS LCD HD dengan kadar segar semula 120Hz yang dipadankan dengan cip Unisoc T7250, memori 6GB RAM dan storan 128GB

Penggunaan sehingga dua hari dapat dicapai kerana bateri sebesar 6300 mAh dengan ia boleh dicas semula dengan kuasa 45W secara berwayar. Kamera utama di belakang sebesar 50MP dengan lampu bulat dan dihadapan pula kamera swafoto sebesar 5MP.
Peranti turut dilengkapi pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, sokongan kad microSD, kalis percikan air dan menggunakan pelancar realme UI berasaskan Android 15. Ini membawakan ciri AI, Mini Capsule, Riding Mode. Kerana ia peranti mampu milik, Realme C71 sekadar menyokong rangkaian 4G, WiFi 5 dan bluetooth 52, sahaja. Tetapi ia diberikan ciri Circle to Search dan Google Gemini secara terbina.





