Realme GT Neo5 Akan Dipasarkan Di Malaysia Sebagai GT3

TechnologyDigital
9 Feb 2023 • 5:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme GT Neo5 baru sahaja dilancarkan sebagai sebuah peranti dengan sistem pengecasan terpantas dunia 240W setakat ini. Skrin 144Hz, cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan 50MP Sony IMX 890 dengan OIS turut disertakan. Seperkara lagi yang menarik pada peranti ialah sokongan lampu RGB dengan 25 pilihan warna yang berkelip bergantung pada tetapan.

image is not available

Menurut wakil Realme, Realme GT Neo5 kelak akan dipasarkan sebagai Realme GT3 untuk pasaran pasaran luar termasuk Malaysia. Dalam masa sama, kehadiran Realme GT3 juga telah mula diacah secara rasmi oleh Realme Global menerusi poster rasmi di Twitter.

image is not available

Perkongsian yang sama turut mendedahkan pelancaran global telah dijadualkan belangsung pada bulan ini tanpa tarikh khusus yang diketahui. Selanjutnya, peranti juga disahkan menyokong sistem pengecasan pantas 240W dan butiran selanjutnya bakal dikongsikan pada masa akan datang.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada variasi manakah yang bakal ditawarkan di Malaysia memandangkan peranti di China turut mempunyai model dengan pengecasan 150W.