Realme GT Neo5 SE Kini Rasmi – Skrin 144Hz, Snapdragon 7+ Gen 2 Dan Pengecasan 100W

TechnologyDigital
3 Apr 2023 • 3:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Acara pelancaran di China pada hari ini memperlihatkan pengenalan untuk peranti pintar sebuah lagi peranti pintar baharu dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Dikenali sebagai Realme GT Neo5 SE, peranti mempunyai tubuh nipis bersama sisi yang melengkung. Kemudiannya di cantum pula dengan skrin hadapan berlubang kecil di tengah.

image is not available

Skrin adalah sebesar 6.74-inci beresolusi 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2, memori 8/12/16GB dan storan dalaman 256GB/1TB. Kapasiti bateri pula sebesar 5500mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 100W. Menurut Realme, bateri boleh bertahan lebih daripada 4 tahun dan tidak kurang daripada tahap 80% selepas 1600 kali kitaran pengecasan.

image is not available

Konfigurasi kamera utama pula 64MP (utama) + 8MP (sudut-lebar) + 2MP (mikroskop), sementara itu kamera swafoto pula 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.3, NFC dan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos. Harga jualan peranti bermula RMB2099 (~RM1348) (8GB/256GB) seterusnya meningkat kepada RMB2799 (~RM1797) (16GB/1TB).