Realme GT7 Pro Dengan Snapdragon 8 Elite Kini Di Malaysia Dengan Harga RM3699

TechnologyDigital
18 Nov 2024 • 7:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme GT7 Pro akhirnya dilancarkan di Malaysia hari ini dua minggu selepas pelancaran di China. Ia kini secara rasmi ialah telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi gaming tinggi serta prestasi bateri yang lebih baik berbanding generasi terdahulu.

image is not available

Realme GT7 Pro dilengkapi skrin 6.78″ LTPO Eco OLED Plus 120Hz dengan keterangan mencecah 6,500 nit. Terdapat sokongan Dolby Vision dan juga HDR10+. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite, memori 12GB RAM LPDDR5X, storan dalaman 512GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 6500 mAh yang menyokong pengecasan 120W.

image is not available

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP (Sony IMX906, OIS), ultra lebar 8MP dan telefoto 50MP (IMX882) yang menyokong zum optikal 3X atau 120X secara digital. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 16MP.

Selain turut menjalankan perisian Realme UI 6.0 berasaskan Android 15 dengan penekanan terhadap prestasi sistem dan ciri berasaskan AI yang dipertingkatkan. Ia termasuklah fungsi AI Zoom Ultra Clarity yang boleh meningkatkan kejelasan dalam tangkapan gambar telefoto. Terdapat juga pengimbas cap jari bawah skrin dan juga ia melepasi piawaian kalis air IP69.

image is not available

Harga jualan di Malaysia ialah RM 3699 dengan pilihan 12GB RAM dan storan 512GB sahaja dalam warna Mars Orange dan Galaxy Gray. Sempena pelancarannya hari ini, Realme menawarkan Realme Buds Air 5 dan jaminan tambahan ditawarkan percuma dengan setiap pembelian.

image is not available