Realme kongsi teaser telefon baharu, siri Realme 10 bakal temui kita

Digital
27 Oct 2022 • 6:43 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Realme melalui saluran rasmi Twitter mereka mengutuskan teaser bagi menandakan terdapatknya produk baharu bakal dilancarkan tak lama lagi. Daripada utusan itu, kita boleh lihat tanda pagar Realme 10 digunakan beserta beberapa maklumat tambahan.

Sebanyak 3 keping gambar dikongsikan oleh CEO Realme. Gambar yang pertama kelihatan seperti susun atur sebuah SoC manakala baki dua lagi seperti badan telefon yang kelihatannya hanya sedikit. Siri Realme 10 dijangkakan menggunakan SoC yang lebih segar berbanding Realme 9. Sekiranya di Realme 9 Pro+ kita menerima Dimensity 920 sebagai pilihan SoC paling berkuasa, Dimensity 1080 adalah calon paling sesuai untuk Realme 10 Pro+.

image is not available

Kemudian tentang gambar badan telefon. Sebanyak dua jenis rekaan badan ditampilkan, satu yang bersisi tajam dan satu lagi bersisi melengkung. Yang bersisi tajam kelihatannya seperti kemasan Realme C33 manakala yang melengkung seperti mewarisi badan siri Realme 9 sedia ada.

Tentang jangkaan ketibaan siri Realme 10 di Malaysia, sekiranya kita ikuti pelancaran siri Realme 8 dan Realme 9 dahulu, kami rasakan yang siri Realme 10 bakal masuki Malaysia dalam Suku 2 2023 iaitu antara April hingga Jun.

Seperti baisa, pasaran India bakal menikmati segala-gala yang baharu terlebih dahulu sebelum disebarkan ke pasaran luar.

View Original Article