Realme Melancarkan Monitor 23.8″ Dengan Sambungan USB-C Dan VGA

TechnologyDigital
26 Jul 2022 • 10:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme Flat Monitor Full HD 60.5cm telah dilancarkan hari ini dan ia mempunyai satu ciri yang agak menarik pada monitor moden. Ini adalah kerana ia mempunyai input untuk HDMI, USB-C dan VGA yang jarang sekali dilihat sekarang.

image is not available

Skrin sebenar 23.8″ FHD menggunakan panel VA dengan kadar segar semula 75Hz. Ia turut mempunyai keterangan maksimum 250 nits dengan sudut pandangan pula sehingga 178 darjah. Dari sisi, ia hanya setebal 6.9mm. Tapak serta tangkai leher diperbuat daripada logam.

image is not available

Walaupun pilihan input adalah mewah, monitor ini mempunyai satu kekurangan kerana tidak dilengkapi sebarang speaker. Tiada juga sokongan G-Sync atau FreeSync. Di India monitor ini dijual pada harga ₹ 12,999 (~RM726) sebuah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved