Realme telah melancarkan peranti boleh pakai baharu Watch S2 secara rasminya semalam. Tubuhnya diperbuat daripada keluli tahan karat bersama muka jam berbentuk bulat. Terdapat butang kawalan dan tombol berputar juga disertakan pada sisi tubuh. Diikuti juga pilihan jenis silikon dan keluli yang turut boleh ditanggalkan.


Untuk spesifikasi jam tangan ini menggunakan skrin AMOLED 1.43″ dengan resolusi 466 X 466 piksel dan kecerahan puncak 600nits. Ia juga dilengkapi sokongan chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk arahan suara dan pertanyaan berasaskan teks (AI Personal Assistant) melalui aplikasi Realme Link. Selain turut boleh menghasilkan rekaan muka jam tersendiri (Smart Watch Face Engine) menggunakan ChatGPT sepenuhnya.

Pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan terbina turut disediakan yang termasuk pemantauan kadar degupan jantung, oksigen dalam darah, pola tidur sepanjang hari, kesihatan wanita dan aktiviti harian. Realme Watch S2 juga kalis air IP68 dan melepasi pelbagai ujian ketahanan. Bateri 380mAh digunakan boleh bertahan sehingga 20 hari dengan sekali pengecasan. Di India Realme Watch S2 dijual bermula INR4999 (~RM274).
