Realme Mengesahkan Pelancaran GT5 Pro Pada 7 Disember 2023

TechnologyDigital
24 Nov 2023 • 5:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sedar tidak sedar kini masih berbaki kurang daripada dua bulan sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya. Namun ia tidak menghalang para pengeluar untuk terus menyediakan penawaran produk baharu buat pengguna.

image is not available

Misalnya terbaharu Realme yang telah mengesahkan pelancaran GT 5 Pro pada 7 Disember akan datang. Butiran mengenai peranti amat terhad buat masa ini, namun dikatakan mampu menyediakan pengalaman fotografi serba canggih yang dimanfaatkan daripada cip Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera 50MP Sony IMX890.

Secara ringkasnya Realme GT5 Pro akan menggunakan sensor telefoto periskop Sony IMX890 50MP dengan EIS dan OIS terbina. Melaluinya ia menampilkan sensor bersaiz 1/1.56 inci yang agak besar, di samping turut menawarkan keupayaan zum optikal 3X dan digital pula mencapai 120X.

image is not available

Turut disertakan ialah lensa utama 50MP Sony LYT808 dan 8MP OV08D10 untuk ultra-lebar sebagai pelengkap. Dalam masa sama peranti juga dikatakan menyokong keupayaan merakam dalam mod RAW dan penggambaran Digital Overlap (DOL) HDR untuk hasil lebih baik dengan pencahayaan seimbang.