Realme Neo8 Kini Rasmi Dengan Skrin 165Hz Dan Bateri 8000mAh

TechnologyDigital
23 Jan 2026 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme telah memperkenalkan model baharu Neo8 secara rasmi di pasaran China. Peranti ini diposisikan sebagai sebuah telefon pintar mercu dengan penawaran perkakasan yang seimbang dalam kelasnya.

image is not available

Realme Neo8 hadir dengan Samsung Sky Screen (panel khas) FHD+ bersama kadar segar semula 165Hz dan kecerahan puncak 6500 nits. Bahagian belakang peranti juga unik dengan rekaan lut cahaya serta jalur cahaya RGB yang dinamakan sebagai ‘Awakening Halo’ di mana berfungsi sebagai penunjuk untuk notifikasi dan pelbagai interaksi lain. Panel belakang peranti ini juga diperbuat daripada kaca bersama rangka logam yang kukuh.

image is not available

Tunjang utama peranti dijana oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 bersama memori sehingga 12GB RAM LPDDR5X serta storan dalaman 1TB UFS 4.0. Pada masa yang sama, ia turut dibekalkan dengan sistem penyejukan berprestasi tinggi dan enjin baharu ‘GT Performance Engine’. Selain itu, Realme mengesahkan sokongan 165Hz untuk lebih 30 judul permainan FPS popular lalu menjadikannya pilihan menarik buat peminat permua tegar.

image is not available

Neo8 turut hadir dengan kapasiti besar 8000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Tetapan kameranya pula merangkumi sensor sudut lebar 50MP dengan sokongan OIS, diikuti oleh kamera ultra-lebar 50MP serta lensa telefoto periskop 50MP. Lain-lain spesifikasi termasuk kalis air IP66/IP68/IP69, imbasan cap jari ultrasonik, sistem audio stereo dan menjalankan Realme UI 7.0.