Realme P3 Ultra kini boleh didapati secara rasmi di Malaysia pada harga RM1699 dengan tempoh pembelian bermula dari 16 Jun hingga 30 Jun 2025. Sempena pelancaran, pelanggan berpeluang menerima hadiah percuma bernilai RM349 yang termasuk baucar pelancaran bernilai RM150 dan jaminan lanjutan selama satu tahun (bernilai RM199).

Sebagai tambahan, pelanggan juga boleh menikmati harga istimewa serendah RM1399 melalui tawaran eksklusif terhad bersempena TikTok Super Brand Day yang akan berlangsung dari 17 hingga 19 Jun 2025. Sepanjang tempoh ini, pembelian Realme P3 Ultra melalui TikTok turut disertakan dengan jaminan lanjutan satu tahun secara percuma.

Realme P3 Ultra hadir dengan paparan melengkung berukuran 6.83 inci FHD+ 120Hz. Peranti dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8350 Ultra yang digandingkan dengan 12GB RAM dan storan 256GB. Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 50MP Sony IMX896 (OIS) + ultra-lebar 8MP yang dipadankan dengan kamera swafoto 16MP. Ciri-ciri tambahan lain termasuk bateri 6,000mAh, pengecasan pantas 80W, sistem audio stereo dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin.


