Realme Sedang Membangunkan Pengecasan 300W

TechnologyDigital
7 Jun 2024 • 8:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Realme GT3 dilancarkan dengan pengecasan super pantas 240W. Dalam ulasan kami, bateri 4600 telefon pintar ini boleh dicas semula dalam masa kurang 10 minit. Pasti ramai merasakan kepantasan ini sudah memadai tetapi di Realme mereka kini sedang menguji pula pengecasan 300W.

image is not available

Ini didedahkan oleh Francis Wong, Ketua Pemasaran Realme Global dalam video yang diterbitkan oleh The Tech Chap semalam. Belum diketahui sama ada teknologi 300W ini akan ditawarkan kepada orang ramai atau sekadar prototaip. Berdasarkan pengalaman kami pengecasan pantas menyebabkan peranti menjadi panas dengan cukup pantas. Ini mendatangkan impak ke atas bateri dan juga komponen dalaman.

Tetapi ini adalah menarik kerana mungkin di masa hadapan bateri telefon boleh sepenuhnya dalam masa lima minit. Jika terlupa mengecas peranti sebelum tidur, bateri akan dapat dipenuhnya semula dalam masa diambil untuk mandi pagi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved