Realme Smart TV 4K 50-inci dilancar di Malaysia, hanya RM1,099 untuk masa terhad

Digital
7 Jun 2023 • 2:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Semasa pelancaran telefon pintar mampu milik terbaru, Realme C53, Realme Malaysia turut mengumumkan kedatangan dua lagi produk di rumah. Salah satu daripadanya ialah TV Pintar 4K 50-inci.

Harga dan promosi pembeli terawal

Realme Malaysia telah mula menjual TV Pintar yang baru dilancar ini di Malaysia. Tetapi lebih baik lagi, ia ditawarkan harga istimewa selama 3 hari. Dari 6 hingga 8 Jun 2023, pembeli Realme Smart TV 4K 50″ di Stor Rasmi Realme di Shopee, boleh menikmati potongan harga RM500 daripada harga asalnya iaitu:

  • Realme Smart TV 4K 50″ – RM1,599 RM1,099

image is not available

Tawaran ini eksklusif terdapat di Shopee sahaja.

Spesifikasi Realme Smart TV 4K 50″

Ketibaan TV Pintar Realme ini menambah pilihan untuk pengguna yang mencari TV 4K di bawah RM2,000. TV pintar ini menampilkan paparan yang sangat nipis, setebal 2.6mm sahaja. Bingkainya juga sangat kecil, memberi nisbah skrin ke badan sebanyak 97.2%.

image is not available

Skrin seluas 50-inci ini memiliki resolusi tajam Ultra HD 4K. Paparannya diperkasa dengan enjin Chroma Boost Picture serta teknologi Dolby Vision. Kuasa pemproses MediaTek dengan CPU ARM Cortex A53 dan GPU Mali G52, menjadi tulang belakang gambar berkualiti di paparan.

Meningkatkan lagi pengalaman mengasyikkan di tv ini adalah sistem bunyi empat speaker berkuasa 24W. Ia dipertingkat lagi dengan sokongan teknologi Dolby Atmos dan Dolby Cinema, untuk bunyi sekeliling yang lebih hidup.

image is not available

Sistem operasi Android TV menjadikan TV ini sebagai TV pintar. Ia boleh mengakses gedung Googla Playstore untuk memuat turun ratusan aplikasi dan perisian untuk ditonton dan dinikmati. Selain itu, ia turut menyokong arahan suara Google Assistant untuk kawalan tanpa sentuh. Terdapat juga Chromecast terbina di dalam, memudahkan pengguna memaparkan pelbagai kandungan dari telefon ke skrin besar TV.

Sambungan lengkap berwayar dan tanpa wayar melengkapkan lagi kepintaran TV ini. Antaranya Wifi 2.4/5Ghz, Bluetooth 5.0, HDMI, USB, AV, Tuner, LAN, ANT dan audio.

image is not available

Bacaan Berkaitan