Realme Techlife Studio H1 Dilancarkan Dengan Bateri 70 Jam

TechnologyDigital
17 Oct 2024 • 6:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme telah melancarkan fon kepala nirwayar pertamanya dikenali sebagai Techlife Studio H1. Ia diperbuat daripada gabungan bahan berkualiti seperti kusyen telinga daripada kulit dan angkup kepala pula sejenis logam dengan kemasan pusam. Selain itu boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Crimson Beats, Ivory Beats dan Midnight Magic.

image is not available

Sepasang pemandu audio 40mm dengan sistem pembatalan hingar hibrid juga digunakan. Melaluinya tiga tahap pembatalan hingar pintar disediakan yang membolehkan pengguna melaras bunyi ikut keutamaan dan persekitaran mereka. Ini dipadankan lagi dengan codec LDAC untuk menikmati audio pada kadar bit tinggi serta audio spatial.

image is not available

Tambatan pantas pula melalui bluetooth 5.4 yang menyokong ciri Multipoint Connection untuk sambungan pada dua peranti serentak. Bateri 600mAh digunakan pula boleh berfungsi sehingga 70 jam dengan sekali pengecasan. Pengecasan semula boleh dibuat melalui port USB-C. Di India, Realme Techlife Studio H1 dijual pada Rs. 4999 (~RM256).