Realme Watch 3 Akan Dikemaskini Dengan Skrin Lebih Besar

TechnologyDigital
14 Jul 2022 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Realme bakal memperkenalkan variasi baharu untuk peranti boleh-pakai keluarannya tidak lama lagi. Menerusi perkongsian terkini, produk berkenaan adalah Realme Watch 3 yang merupakan pengganti kepada Realme Watch 2 sebelum ini.

image is not available

Ia turut akan dikemaskini dengan paparan dan nisbah skrin-ke-badan yang lebih besar. Pada masa sama, kualiti binaan turut akan ditambah baik dengan sokongan paparan melengkung 2.5D dalam usaha memberi pengalaman penggunaan yang baik. Kemudian, sokongan untuk panggilan bluetooth turut akan disertakan. Sekaligus menjadikannya antara yang terawal dalam siri ini yang menyokong ciri berkenaan.

image is not available

Tidak banyak maklumat mengenai jam tangan ini yang didedahkan buat masa ini. Bagaimanapun, kita boleh menjangkakan ia akan ditambah-baik berbanding model sebelum ini. Tarikh pelancaran rasmi juga masih tidak diketahui.