Reban ayam moden dikawal telefon pintar

LocalTechnology
5 Sep 2026 • 9:49 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Reban ayam moden dikawal telefon pintar

SERDANG: Sebuah reban ayam moden yang boleh dikawal de­ngan gajet menjadi antara tarikan utama pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Teknologi mengawal suhu, pengudaraan dan keadaan per­sekitaran reban ayam yang diperkenalkan oleh Dindings Tyson Poultry House itu menggunakan sistem tertutup bagi mewujudkan persekitaran lebih terkawal untuk penternakan ayam.

Pengurus Kejuruteraannya, Ian Tan berkata, sistem ber­kenaan dilengkapi sensor yang mengesan keadaan persekitaran sebelum data dihantar kepada sistem kawalan iklim untuk menentukan keperluan terhadap penggunaan peralatan seperti pemanas dan kipas pengudaraan.

“Sensor akan hantar data kepada sistem kawalan iklim dan dari situ ia akan mengawal sama ada pemanas atau kipas diperlukan.

“Penggunaan teknologi itu bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja, malah membantu meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kadar kematian ayam,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

The post Reban ayam moden dikawal telefon pintar appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved