Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!

LocalCars
13 Jan 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk SUV kompak Peugeot 2008 yang terkini, keluaran tahun 2025 (2025MY). Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,888, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan, berbanding harga asal, RM133,388.

Peugeot 2008 Menjanjikan Prestasi Memuaskan

Dikuasakan oleh enjin 1.2 liter turbo PureTech, Peugeot 2008 menghasilkan kuasa 130 hp dan 230 Nm. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, SUV ini mampu mencapai kelajuan maksimum 199 km/j dan menawarkan penggunaan bahan api gabungan sekitar 4.5 liter setiap 100 km, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan harian dan jimat bahan api.

Gaya Kontemporari Dengan Sentuhan Ikonik

image is not available

Peugeot 2008 tampil menyerlah dengan reka bentuk moden yang bergaya. Ciri-ciri menarik termasuk rim 17 inci, lampu depan LED dengan bentuk cakaran singa ‘Peugoet’ yang ikonik, serta reka bentuk floating roof yang unik.

Kabin Inovatif Dengan Teknologi i-Cockpit®

image is not available

Ruang kabin Peugeot 2008 cukup menarik pandangan mata dengan penggunaan konsep i-Cockpit® 3D. Konsep ini menawarkan suasana pemanduan yang intuitif dan elegan. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen bersaiz tujuh inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri Keselamatan Peugeot 2008

Dari segi keselamatan, antara yang disediakan secara standard adalah termasuk brek kecemasan autonomi, sistem bantuan kekal lorong dan pemantau titik buta hadir.

Pembelian Termasuk Jaminan

Pembelian Peugeot 2008 dengan rebat RM21,500 ini termasuk jaminan 7 tahun yang komprehensif. Selain itu, pelanggan boleh memilih Program Servis Inklusif 5 Tahun yang ditawarkan pada harga RM10,000. Pakej ini meliputi kos alat ganti untuk 10 kali servis dan juga kos buruh selama lima tahun. Sekiranya berminat, anda boleh kunjungi bilik pameran Peugeot terdekat untuk sesi pandu uji.