Rebus telur guna lima sudu air saja. Telur masak dengan cepat, kulit jadi rapi, tak merekah

Cooking
30 Aug 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TELUR selalunya jadi penyelamat bila tiada lauk yang hendak dimasak atau kita rasa malas nak buat menu lain.

Pelbagai sajian boleh dihasilkan menggunakan bahan tersebut.

Merebus adalah salah satu cara yang paling mudah, tak payah nak fikir panjang.

Bubur sedikit kicap sudah boleh naikkan rasa telur itu.

image is not available
SUMBER Jane Doan daripada PEXELS.

Hidangan seperti laksa, mi rebus dan nasi lemak juga akan jadi lebih power kalau ada telur rebus.

SinarPlus pasti, biasanya kita akan meletak banyak air sehingga telur tenggelam masa nak merebus, bukan?

Namun, seorang pengguna Instagram menggunakan username @nama novita.harun04 baru-baru ini berkongsi tip menyediakan telur rebus menggunakan hanya lima sudu besar air.

 

Betul, lima sudu air sahaj dan hasilnya memang terbaik.

image is not available image is not available

Berikut dikongsikan kaedah yang dimuat naik oleh wanita tersebut:

1. Masukkan lima biji telur ke dalam periuk.
2. Tambahkan lima sudu air.

image is not available
3. Tutup periuk dan masak menggunakan api sederhana selama lima minit.
4. Pindahkan telur yang telah siap direbus ke dalam air sejuk.
5. Kopek kulit telur.image is not availableimage is not available

Seperti kata beliau, telur yang dihasilkan memang masak dengan sempurna.

Senang betul? Jadi, tak perlulah letak air banyak-banyak seperti yang kita lakukan sebelum ini.

Mak-mak yang nak sediakan nasi lemak untuk sarapan pagi cuba kaedah itu nanti.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba semua!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!