‘Recruiter’ Singapura ‘Turun’ Malaysia, Tawar Gaji Lumayan Kepada ‘Medical Officer’ & ‘Clinical Associate’ – “SGD 110,000 Setahun”

LocalHealth & Fitness
9 Jul 2025 • 2:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kebanyakan rakyat Malaysia melihat peluang pekerjaan di Singapura sebagai pilihan yang menarik kerana menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia, didorong oleh nilai mata wang Singapura yang lebih kukuh.

Baru-baru ini, tular di aplikasi Threads mengenai satu hantaran daripada seorang individu berkenaan recruiter yang didakwa dari Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura bakal turun ke Kuala Lumpur untuk merekrut clinical associate dan medical officer di negara ini yang berminat untuk bekerja di sana.

image is not available

Menerusi iklan yang dipaparkan, nilai gaji yang dianggar sebanyak SGD 110,000 bersamaan dengan RM365,074 setahun yang ditawarkan kepada medical officer manakala SGD 90,000 (RM298,697) bagi clinical associate yang ingin bekerja di Singapura.

Peluang yang sangat bagus untuk kumpul simpanan sekurang-kurangnya dua tahun dan boleh pulang ke Malaysia kalau homesick.

image is not available image is not available

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai dan ada yang dilihat teruja dengan tawaran yang diberikan.

image is not available

Namun, ada juga yang meluahkan rasa bimbang kerana Malaysia bakal kehilangan graduan-graduan terbaik Malaysia dan tenaga kerja yang memilih untuk berhijrah demi tawaran gaji yang lebih lumayan.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 6 days ago

Ada 300 Pesakit Tapi Hanya Ada 4 Doktor, KKM Tampil Beri Penjelasan - "Kami Sedar Beban Kes Di HSGB Tinggi.."