
Seperti biasa apabila menghampiri hujung tahun, filem bertemakan perayaan Krismas pasti akan muncul. Kali ini Dwayne Johnson dan Chris Evans bekerjasama dalam kisah pengembaraan penuh aksi berjudul Red One. Filem ini mengisahkan perayaan tradisional dengan hiasan pokok Krismas, hadiah dan sudah tentu sosok istemewa yang bernama Santa Claus.
Callum Drift lakonan Johnson merupakan pengawal unit keselamatan elit Santa Claus. Pada satu malam ketika menjelang hari Krismas, Santa telah diculik dan ini telah menghuru-harakan pelbagai pihak. Justeru itu Driff telah berganding bahu dengan Jack O'Malley lakonan Evans yang merupakan seorang hackers bertaraf dunia bagi menjejaki kemana perginya Santa Claus. Mereka kemudianya berusaha mencari dan melayari dunia penuh misteri serta berbahaya dan dipenuhi dengan pelbagai makhluk mitos yang bertekad untuk merosakkan perayaan Krismas.
Setelah berhempas pulas menjejaki pelbagai petunjuk maka mereka sedar bahawa ini semua adalah angkara seorang ahli sihir bernama Gryla. Sebenarnya ahli sihir ini mempunyai dendam terhadap Santa Claus dan anak-anak yang nakal. Menurut Gryla, anak-anak serta orang dewasa yang tidak menurut kata tidak layak untuk mendapat hadiah sempena hari Krismas sebaliknya mereka perlu ditangkap dan dipenjarakan.


Justeru itu Gryla telah menghasilkan berjuta-juta glob kristal salji untuk dijadikan penjara buat mereka yang nakal ini. Disebabkan dendam itu maka berlakulah pelbagai aksi yang mendebarkan diantara Callum, Jack dan Gryla. Dipenghujungnya Santa Claus berjaya dipulihkan dari sihir dan Gryla pula menerima musibah yang memakan diri sendiri.
Filem Red One berjaya memaparkan pelbagai kesan visual yang mengagumkan. Jalan ceritanya juga mudah difahami serta menghiburkan. Suasana perayaan Krismas benar-benar dapat dirasai. Ditambah pula pelbagai karekter-karekter yang sinonim dengan tema Krismas seperti Elf, orang salji, orang kerdil, manusia bertubuh haiwan dan rusa terbang.
Lakonan Johnson dan Evans seperti biasa berjaya memberikan persembahan yang mantap serta pesona dan karisma terhadap peranan masing-masing. Lawak lucu yang ditampilkan diantara mereka berdua juga adalah nadi terhadap keseluruhan cerita ini. Begitu juga lakonan Lucy Liu dan Kiernan Shipka, walaupun ditampilkan sebagai pelakon sampingan tetapi mereka tetap berjaya menghidupkan watak yang diberikan.
Secara keseluruhan, Red One boleh menjadi satu filem menghiburkan penonton yang bakal meraikan perayaan Krismas tahun ini. Temanya yang global serta aksi lucu sebelum kedatangan hari Krismas sudah tentu memberikan senyuman bermakna buat semua.
Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
