Reddit, Paypal, Steam Diantara Platform Atas Talian Yang Dihalang Akses Di Indonesia

TechnologyDigital
30 Jul 2022 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa kerajaan Indonesia telah mula memakai-guna undang-undang baru dimana semua platform atas-talian wajib berdaftar untuk mendapatkan permit PSE untuk kekal beroperasi di negara tersebut.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa sejumlah platform-platform atas-talian antarabangsa yang sangat popular telah disekat aksesnya di Indonesia, termasuklah PayPal, Reddit, Steam, Epic Games diantaranya.

image is not available

Walaupun begitu, menariknya masih terdapat beberapa platform yang masih belum berdaftar seperti GMail, Google Classroom, GitHub, Facebook Messenger, Waze, CloudFlare, Microsoft Azure dan sebagainya, tetapi tidak disenaraikan sebagai dihalang aksesnya.

Menariknya ia juga dilihat bahawa platform-platform seperti GMail, Google Drive, Facebook Messenger dan Instagram masih perlu mendaftar sebagai perkhidmatan berbeza walaupun ibu syarikat mereka sudah mendaftar untuk permit PSE tersebut.

image is not available

Maklumat ini didapati daripada laman web Kominfo’d, sebuah laman web penyenaraian perkhidmatan-perkhidmatan atas-talian yang memperlihatkan status kebolehcapaian platform-platform popular ini yang mengambil maklumat tersebut daripada laman web Kominfo Indonesia dan dikemaskini setiap jam.

Setakat ini, di media sosial nampaknya sedang banyak berbicara tentang bagaimana platform permainan digital popular seperti Steam, Epic Games, Battlenet dan Origin tidak boleh diakses di negara tersebut buat masa ini.