RedMagic 10 Pro Dengan 24GB RAM Dan 1TB Storan Ditawarkan Pada Harga RM4999 Untuk Tempoh Terhad

TechnologyDigital
25 Feb 2025 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RedMagic kini telah mula menawarkan satu lagi variasi telefon pintar untuk pasaran tempatan, iaitu RedMagic 10 Pro dengan storan mencapai 1TB, dan memori 24GB RAM.

RedMagic 10 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6.853-inci, dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite, kamera utama 50MP + 50MP + 2MP, bateri 7050mAh, serta menyokong pengecasan 100W.

image is not available

Telefon pintar ini hadir dengan fokus terhadap permua dan prestasi tinggi, sekaligus menyertakan speaker stereo dwi-115K, kebuk suara gergasi 1.6cc, dan sokongan bicu audio 3.5mm. Peranti ini turut menyertakan sokongan penyejukkan bagi membolehkan anda memainkan permua untuk tempoh lama tanpa memberikan impak pada prestasi dan kepanasan peranti.

RedMagic 10 Pro versi 24GB RAM + 1TB storan ini hadir dalam warna hitam eksklusif, dan ditawarkan secara atas-talian buat masa ini pada harga RM4999.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved