RedMagic 9 Pro telah dilancarkan secara rasminya di China semalam dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Hal ini sekaligus meletakkannya sebagai sebuah peranti permua berkelas mercu baharu di pasaran. Ia juga menarik dengan pendekatan yang tampil segar menerusi tubuh sepenuhnya rata tanpa bonggol kamera yang besar atau tebal di belakang.

Berkongsi lebih lanjut peranti telah dijadualkan memasuki pasaran global pada 18 Disember 2023 dan didedahkan secara terbuka menerusi ciapan di twitter rasmi. Namun soalan utama sudah tentunya tertumpu pada ketesediaan di Malaysia memandangkan tiada sebarang khabar mengenainya yang dikongsi buat masa ini. Begitu juga dengan perkakasan dalaman yang belum jelas sama ada serupa dengan di China atau sebaliknya.

Namun sekiranya sama peranti boleh dilengkapi skrin AMOLED 6.8-inci 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 3, sistem penyejukan ICE 13.0, sensor utama 50MP, bnateri 5,500mAh dan pengecasan 80W.
