Tablet gaming RedMagic Astra Gaming Tablet dilancarkan semalam dengan ia hadir dengan skrin 9.06″ LTPO OLED yang menyokong kadar segar semula 165Hz. Ia dipadankan dengan cip mercu Snapdragon 8 Elite, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 8200 mAh. Bateri besar ini boleh dicas semula menggunakan pengecas 80W.

Kamera utama di belakang adalah sebesar 13MP dan di hadapan pula kamera sebesar 9MP digunakan. Kerana ia sebuah tablet gaming, Astra hadir dengan sistem penyejukan ICE-X 13 lapisan dan mempunyai kipas penyejuk terbina yang boleh berputar pada kelajuan 20,000 RPM.
Ciri tambahan lain ialah terdapat sokongan haptik dan sistem audio DTS:X Ultra. Sistem operasi yang digunakan adalah Redmagic OS 10.5 berasaskan Android 15. Jika tablet seperti pernah dilihat sebelum ini, ia adalah sama seperti Gaming Tablet 3 Pro yang dilancarkan bulan lalu hanya untuk pasaran global. Pihak RedMagic mengesahkan tablet ini akan memasuki pasaran Malaysia.
Harga jualan tablet ini ialah $499 (~RM 2105) untuk model 12/256GB, $649 (~RM 2738) untuk model 24/1000 GB dan $849 (~RM 3582) untuk model 24/1000GB.

