Redmi 12 Kini Rasmi Dengan Skrin 90Hz Dan Cip MediaTek Helio G88

TechnologyDigital
16 Jun 2023 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi 12 akhirnya dilancarkan secara rasmi bermula di Thailand. Ia merupakan sebuah peranti berspesifikasi pertengahan 4G yang mengetengah beberapa ciri utama seperti skrin dengan kadar segar semula tinggi, bateri berkapasiti besar dan kamera 50MP.

image is not available

Untuk lebih khusus, Redmi 12 menggunakan skrin sebesar 6.79″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungakan juga dengan nisbah kontras 1500:1 dan tahap kecerahan mencapai 550nits bertujuan pengalaman tontonan lebih baik.

image is not available

Cip MediaTek Helio G88 digunakan sebagai tunjang utama peranti, di samping pilihan memori pula sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB LPDDR4X. Bateri sebesar 5,000mAh turut sama digunakan yang menyokong pengecasan berwayar 18W menerusi sambungan port USB-C.

Turut disertakan adalah sistem tri-kamera 50MP (utama) + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Kebolehan merakam pula sehingga 1080P/30fps yang boleh dilakukan menerusi kedua-dua kamera berkenaan.

image is not available

Lain-lain spesifikasi yang disokong termasuklah pengimbas cap jari sisi, sistem imbasan wajah, NFC, sambungan bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm, menjalan MIUI 14 berasaskan Android 13 dan melepasi penarafan kalis air IP53.

image is not available

Peranti dijual pada harga TBH 5,299 (~RM705) untuk varian (8GB/128GB). Sementara itu, dua variasi lain seperti 4GB/128GB dan 8GB/256GB pula tidak didedahkan harganya buat masa ini. Peranti juga dijangka memasuki pasaran Malaysia memandangkan didapti telah tersenarai di laman SIRIM Malaysia sejak 19 Mei lalu.