Redmi 12 Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM599

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Malaysia hari ini telah memperkenalkan telefon dengan penawaran asas mereka yang terbaru, iaitu Redmi 12. Telefon ini akan dijual bermula 15 Julai 2023 kelak, pada harga bermula RM599.

image is not available

Redmi 12 hadir dengan skrin 6.79-inci pada paparan resolusi FHD+ pada kadar segar semula 90Hz,, dilengkapi cip Helio G88, dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB.

Untuk rakaman gambar, Redmi 12 hadir dengan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP, digabungkan bersama 8MP ultra-lebar dan 2MP makro. Untuk rakaman swafoto pula, ia hadir dengan kamera 8-megapixel.

Redmi 12 turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian tepi telefon, sokongan radio FM, bicu-audio 3.5mm, serta menggunakan pengecas 18W untuk bateri 5000mAh.

image is not available

Di Malaysia, model 4GB RAM + 128GB storan ditawarkan pada harga RM599, sementara model 8GB RAM + 256GB storan berharga RM699. Ia akan mula dijual mulai 15 Julai 2023 kelak.