Redmi 12C kini RM100 lebih murah, boleh dibeli dari serendah RM499

Digital
26 Apr 2023 • 11:44 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan potongan harga kekal untuk telefon pintar mampu milik mereka, Redmi 12C. Telefon ini yang dilancar pada harga bermula RM599 pada Oktober tahun lepas, kini boleh dibeli pada harga serendah RM499.

Harga baru Redmi 12C di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Redmi 12C (RAM 4GB + Storan 128GB) RM599 RM499
  • Redmi 12C (RAM 6GB + Storan 128GB) RM699 RM599

image is not available

Dapat dilihat, harga baru ini telah dilaksanakan di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Terdapat empat pilihan warna disediakan iaitu kelabu, biru, hijau dan ungu.

Di samping itu, pembeli terawal akan turut menerima hadiah percuma berupa fon telinga berwayar Xiaomi bernilai RM39. Hadiah ini diberikan sementara stok masih ada.

Spesifikasi Redmi 12C

Telefon pintar kelas permulaan ini dikuasakan cip Mediatek Helio G85 12nm, bersama RAM LPDDR4X sehingga 6GB dan storan dalaman eMMC 5.1 seluas 128GB. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB.

image is not available

Skrinnya jenis LCD berukuran 6.71-inci, dengan resolusi HD dan kadar penyegaran 60Hz. Kecerahan skrin ini mencecah 500 nit.

Takuk kecil di atas skrin, menempatkan kamera hadapan 5MP. Di belakang pula, terdapat kamera utama 50MP dan kamera kedua yang dilabel sebagai kamera AI. Pengimbas capjari terdapat di samping kamera belakang.

image is not available

Redmi 12C dibekalkan bateri berkapasiti 5,000mAh. Ia menyokong pengecasan berkuasa 10W, menerusi sambungan mikroUSB. Speaker hanya ada satu tetapi masih ada jek audio 3.5mm untuk sambungan fon kepala berwayar.

Sistem operasi MIUI 13 digunakan oleh Redmi 12C, dibina berasaskan Android 12. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Redmi 12C.

Dengan harga RM599, Redmi 12C menawarkan storan yang besar untuk pengguna. Pesaing terdekatnya adalah Infinix Hot 30 yang baru dilancar awal bulan ini. Pada harga RM599, Infinix Hot 30 menawarkan kuasa Mediatek Helio G88, RAM 8GB dan storan 128GB. Skrinnya HD Penuh 90hz dan ia menyokong pengecasan pantas 18W USB-C.

[Sumber: Xiaomi]

Bacaan Berkaitan