Redmi 13C Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

TechnologyDigital
16 Nov 2023 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi 13C ditawarkan secara rasminya di Malaysia pada hari ini. Harga jualan ialah RM499 dengan pilihan memori 6GB + 128GB. Anda yang berminat boleh mendapatkannya bermula hari ini menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

image is not available

Redmi 13C dilengkapi dengan skrin IPS LCD 6.74-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan juga dengan cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM dan storan 128GB sebagai tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan 18W, selain terdapat juga kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto 5MP yang digunakan.