Redmi A3 Dilancarkan – Cip MediaTek Helio G36 Dan Bateri 5000mAh

TechnologyDigital
14 Feb 2024 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi A3 dilancarkan secara rasmi sebentar tadi dengan elemen cukup menarik. Misalnya seperti rekabentuk berimej segar berlainan dengan model terdahulu. Ia dilihat kemas dengan skrin dan tubuh yang rata berserta dua jenis kemasan disediakan yang termasuk kulit. Melaluinya terdapat juga bonggol kamera kaca bulat dengan dua kamera utama dan sebuah LED Flash.

image is not available

Untuk spesifikasi peranti dilengkapi skrin LCD 90Hz HD+ berukuran 6.71-inci. Digabung juga dengan cip MediaTek Helio G36, memori 3/4/6GB dan storan mencapai 128GB untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan pula boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 10W. Ia juga dianggap lebih baik berbanding generasi sebelum yang menggunakan port mikroUSB.

image is not available

Turut disertakan ialah kamera utama 8MP dan swafoto sebesar 5MP sebagai pelengkap. Peranti ini dijual di India dengan harga permulaan INR9,999 (~RM575) (3/64GB), INR10,999 (~RM633) (4/128GB) dan INR11,999 (~RM690) (6/128GB) untuk sebuah.