Xiaomi Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi telefon pintar mampu-milik dibawah siri Redmi, iaitu Redmi A5. Ia menawarkan spesifikasi asas, memfokuskan penawarannya untuk mereka yang memerlukan peranti dengan ciri-ciri asas, dan tanpa sebarang fungsi khusus tambahan.

Redmi A5 hadir dengan skrin 6.88-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dikuasakan cip UNISOC T7250, pilihan memori sehingga 4GB RAM dan storan sehingga 128GB. Peranti ini hadir dengan kamera 32-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 5200mAh.
Redmi A5 turut mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm, selain sensor pengimbas cap jari pada bahagian tepi.

Di Malaysia, Redmi A5 ditawarkan pada harga RM299 untuk 3GB + 64GB storan, dan juga RM349 untuk 4GB RAM dan 128GB storan.
