Redmi Buds 6 Play Dan Buds 6 Lite Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Bermula RM69

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 12:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua fon telinga baharu iaitu Redmi Buds 6 Lite dan Buds 6 Play sudah boleh dibeli di Malaysia sekarang. Harga jualan ialah RM69 untuk Buds 6 Play manakala RM129 pula Buds 6 Lite. Terdapat harga promosi serendah RM49 (Buds 6 Play) dan RM79 (Buds 6 Lite) diberikan untuk masa terhad. Ketersediaan adalah melalui pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

image is not available

Redmi Buds 6 Play adalah fon telinga dari jenis terbuka dengan rekaan badan bertangkai panjang yang mempunyai kawalan sesentuh. Dengan berat hanya 3.6mm pula menjadikan ia selesa di pakai sepanjang hari tanpa tekanan pada bahagian telinga. Sepasang pemandu audio bersaiz 10mm digunakan mempunyai pembatalan hingar berasaskan AI yang boleh membezakan suara manusia dan latar belakang dengan baik. Algoritma AI digunakan boleh memastikan komunikasi yang jelas dan bebas gangguan. Tambahan adalah melalui Bluetooth 5.4 yang menyediakan sambungan lebih stabil. Bateri pula boleh bertahan sehingga 36 jam dan pengecasan 10 minit dikatakan menawarkan 3 jam masa main balik.

image is not available

Redmi Buds 6 Lite pula menggunakan sepasang pemandu audio 12.4mm dengan Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) disertakan. Ia digabungkan dengan dwi-mikrofon dan sistem pembatalan hingar berasaskan AI yang boleh membezakan suara manusia dan latar belakang dengan baik. Buds 6 Lite juga menyokong coded audio ACC, sambungan Bluetooth 5.3 dan ciri Fast Pairing. Hayat bateri pula mencapai 38 jam dengan pengecasan USB-C.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved