Redmi Buds 8 Berharga RM289 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 5 Jun 2026

LocalDigital
28 May 2026 • 10:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Buds 8 juga telah dilancarkan di Malaysia. Produk ini menjadi pelengkap kepada dua lagi model dalam siri yang sama iaitu Redmi Buds 8 Pro dan Redmi Buds 8 Lite.

Image from: Redmi Buds 8 Berharga RM289 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 5 Jun 2026

Redmi Buds 8 menggunakan set pemandu audio 11mm dengan sokongan Hi-Res Audio Wireless (LHDC codec) serta menawarkan lima mod EQ boleh laras. Selain itu, ia dilengkapi fungsi Noise Cancellation sehingga 50dB ANC dengan julat sehingga 4kHz, serta tiga tahap adaptif untuk senario berbeza. Manakala sistem 3-Mic AI noise reduction pula memberikan panggilan lebih jelas dengan rintangan bunyi angin sehingga 12m/s.

Tambatan pantas boleh dilakukan melalui Bluetooth 5.4 yang menyokong sambungan dua peranti secara serentak, perkongsian audio serta fungsi Fast Pair untuk Android. Ia turut hadir dengan penarafan IP54 yang tahan debu dan percikan air.

Image from: Redmi Buds 8 Berharga RM289 Di Malaysia – Ditawarkan Bermula 5 Jun 2026

Dari segi bateri, ia mampu bertahan sehingga 11 jam dengan sekali cas manakala penggunaan bersama pod pengecas memberikan sehingga 44 jam. Pengecasan pantas selama 10 minit pula membolehkan sehingga 4 jam muzik dimainkan.

Bagi yang berminat, Redmi Buds 8 dijual di Malaysia pada harga jualan RM289 dengan harga promosi RM249. Ketersediaan bermula pada 5 Jun akan datang, dan setiap pembelian turut disertakan dengan bonus Spotify Premium iaitu 2 bulan percuma untuk pengguna baharu yang sah sehingga 8 Ogos 2026.

View Original Article