Redmi Buds 8 Lite Boleh Dibeli Di Malaysia Pada Harga RM129

LocalTechnology
15 Jan 2026 • 6:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon telinga Redmi Buds 8 Lite turut tersedia untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan fon telinga bertangkai jenis in-ear dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu biru, putih serta hitam.

image is not available

Ia dilengkapi sepasang pemandu audio 12.4mm yang disokong oleh 42dB Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) serta dwi-mikrofon bagi memastikan panggilan lebih jelas. Selain daripada itu, ia turut menyokong codec SBC/AAC, di samping kebolehan menyesuaikan tetapan bunyi melalui fungsi EQ.

image is not available

Selain itu, ia dilengkapi sokongan Bluetooth 5.4, mempunyai penarafan IP54 bagi ketahanan terhadap habuk dan percikan air, serta menawarkan jangka hayat bateri sehingga 36 jam keseluruhan.

image is not available

Di Malaysia, Redmi Buds 8 Lite boleh didapati pada harga RM129 manakala untuk masa terhad ia turut ditawarkan pada harga promosi serendah RM79.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved