
Redmi Headphones Neo kini hadir dengan warna baharu Mist Blue pada harga RM239 di Malaysia. Pilihan warna baharu ini tidak mengubah spesifikasi asal sebaliknya memberi sentuhan reka bentuk lebih model. Rona biru lembut ini memberikan imej kasual sesuai untuk pengguna muda, serta menjadi alternatif menarik selain hitam atau putih klasik.

Redmi Headphones Neo dilengkapi pemandu audio 40mm dengan diafragma titanium komposit, tubuh plastik dengan butang kawalan fizikal, serta enam mikrofon terbina yang mampu membatalkan hingar sehingga 42dB. Tiga tahap ANC disediakan bersama mod adaptif. Sambungan tersedia melalui Bluetooth 5.4 atau USB-C. Bateri disediakan mampu bertahan 72 jam penggunaan, manakala pengecasan 10 minit sahaja mampu bertahan sehingga 5 jam.





