Redmi Mula Mengacah Kehadiran Siri Note 17 Dengan Bateri 10,000mAh

TechnologyDigital
17 Aug 2026 • 9:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih 500 juta penghantaran di seluruh dunia, siri Redmi Note terus menjadi pilihan ramai hasil gabungan kualiti konsisten dan nilai seimbang. Meneruskan momentum itu, Xiaomi kini bersedia melancarkan Redmi Note 17 yang dijadualkan tiba tidak lama lagi. Buat pertama kali, siri ini akan hadir dengan model Pro Max yang menandakan perkembangan baharu dalam barisan Redmi Note.

Image from: Redmi Mula Mengacah Kehadiran Siri Note 17 Dengan Bateri 10,000mAh

Pengenalan siri ini mula diperlihatkan melalui beberapa imej promosi di media sosial rasmi. Pada masa sama, Xiaomi memberi bayangan bahawa peranti ini akan menekankan penggunaan jangka panjang. Fokus tersebut dikaitkan dengan sokongan bateri berkapasiti 10,000mAh yang mungkin hadir pada salah satu model dengan teknologi sel silikon karbon. Bateri ini dijangka mampu bertahan sehingga 1,600 kitaran pengecasan sambil mengekalkan lebih 80% kapasiti.

Image from: Redmi Mula Mengacah Kehadiran Siri Note 17 Dengan Bateri 10,000mAh

Siri ini direka dengan struktur kukuh yang mampu menahan hentakan sehingga tiga meter. Ia turut dilengkapi perlindungan kalis air melalui komponen khas serta telah melepasi ujian kedap udara. Perlindungan ini membantu memastikan bahagian dalaman kekal selamat daripada air dalam pelbagai keadaan. Semua ciri tersebut disahkan melalui pensijilan TÜV SÜD yang merangkumi ketahanan bateri, fizikal dan perlindungan kalis air. Selain itu, pengguna turut menerima sokongan enam tahun bagi memastikan prestasi kekal stabil untuk penggunaan harian.

Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi lain yang dikongsi. Berdasarkan tradisi siri Redmi Note, pengguna boleh menjangkakan prestasi seimbang dengan harga berpatutan. Maklumat lanjut termasuk ciri tambahan dan tarikh pelancaran rasmi akan diumumkan oleh Xiaomi Malaysia tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved