Redmi Note 13 5G Malaysia : Sedikit turun taraf demi sambungan generasi baharu

Digital
15 Jan 2024 • 7:48 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi hari ini mengumumkan barisan Redmi Note 13, telefon kelas pertengahan pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia. Sebanyak 4 varian dilancarkan sekali gus dengan beberapa pilihan kombinasi RAM dan storan disediakan pada pelbagai peringkat harga untuk memenuhi semua keperluan bajet pengguna.

Harga siri Redmi Note 13 di Malaysia

Siri Redmi Note 13 akan mula dijual di Malaysia bermula 20 Januari 2024. Berikut adalah harga jualan siri Redmi Note 13:

  • Redmi Note 13 Pro+ 5G (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,999
  • Redmi Note 13 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599
  • Redmi Note 13 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,399
  • Redmi Note 13 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
  • Redmi Note 13 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899
  • Redmi Note 13 4G (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM749

image is not available

Seperti biasa, ada promo pelancaran diadakan dalam tempoh terhad. Pembeli Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Note 13 Pro 5G akan terima seunit Redmi Buds 4 Active bernilai RM119 dan juga Xiaomi Smart Band 8 Active yan gbernilai RM129.

image is not available

Pembeli Redmi Note 13 5G dan Note 13 4G pula akan terima Redmi Buds 4 Active sahaja bernilai RM119. Tak terhad dengan itu, Redmi Note 13 ditawarkan pada harga promosi RM699 secara dalam talian sahaja dalam tempoh terhad.

image is not available

Spesifikasi Redmi Note 13 5G

Redmi Note 13 5G boleh dipertimbangkan untuk pilihan mesra bajet tapi masih mempunyai fungsi sambungan rangkaian 5G. Telefon ini diperkasa cip Mediatek Dimensity 6080 dengan kombinasi RAM dan storan yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RAM 8GB beserta storan 256GB. Satu perkara menarik dengan varian ini adalah storannya boleh diperluas menggunakan kad mikro-SD sekiranya perlu.

image is not available

Di bahagian muka, Redmi Note 13 diberikan panel paparan 6.67" FHD+ dengan kadar segar semula 1,000 nits. Kecerahannya tidaklah setinggi varian Pro namun masih mampu memberikan khidmat baik walaupun di bawah cahaya matahari.

Untuk kelengkapan kamera, Redmi Note 13 5G ada konfigurasi trikamera belakang dengan kamera utama 108MP, kamera ultralebar 8MP, dan kamera makro 2MP. Kamera selfie pula diberikan sensor 16MP untuk digunakan.

image is not available

Bateri yang membekalkan tenaga kepada telefon ini mempunyai kapasiti 5,000mAh dengan teknologi pengecasan 33W disediakan di dalam kotak.

Berbanding Redmi Note 12 5G yang masuki Malaysia dalam tahun 2023, antara perubahan yang boleh disaksikan adalah pada rekaan berkotak yang lebih segar. Panel paparan pula seperti turun taraf daripada maksimum 1,200 nits kepada 1,000 nits sahaja.

image is not available

SoC juga dikesan telah berubah pengeluar daripada Snapdragon 4 Gen 1 kepada Dimensity 6080 manakala kombinasi RAM dan storan yang ditawarkan juga dihadkan kepada satu sahaja (8 + 256) pada iterasi kali ini.

image is not available

Mujurlah kapasiti bateri dan teknologi pengecasan 33W dikekalkan.

Bacaan berkaitan