Redmi Note 15 5G Dan Note 15 LTE Boleh Didapati Di Malaysia – Bermula Harga RM799

LocalTechnology
15 Jan 2026 • 5:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Model lain yang turut dilancarkan di Malaysia pada hari ini ialah Redmi Note 15 5G dan Redmi Note 15 LTE. Kedua-duanya sesuai dijadikan alternatif bagi mereka yang mahukan peranti seimbang dari segi prestasi dan harga.

image is not available
image is not available

Redmi Note 15 5G hadir dengan skrin AMOLED FHD+ 6.77-inci 120Hz dan dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 3. Ia jugamenawarkan sehingga 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Diikuti denan bateri berkapasiti 5520mAh menyokong pengecasan pantas 45W melalui port USB-C. Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 108MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 20MP. Peranti ini juga mempunyai pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.1, NFC serta perisian Xiaomi HyperOS.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available

Redmi Note 15 (LTE) pula hadir dengan skrin AMOLED FHD+ 120Hz 6.77-inci dan dikuasai oleh cip MediaTek Helio G100 Ultra. Ia menawarkan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri berkapasiti 6000mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 33W melalui port USB-C. Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 108MP, kedalaman 2MP serta swafoto sebesar 20MP. Selain itu, peranti turut hadir dengan pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, NFC dan perisian Xiaomi HyperOS.

image is not available

Di Malaysia, Redmi Note 15 5G dijual pada harga RM849 untuk 6GB + 128GB. Bagi model 8GB + 256GB, ia ditawarkan pada harga RM949 semasa jualan pembukaan dari 16 Januari hingga 28 Februari 2026. Sepanjang tempoh promosi, pembeli turut menerima hadiah percuma berupa pembesar suara Xiaomi Sound Pocket bernilai RM69.

image is not available

Sementara itu, Redmi Note 15 (LTE) dengan memori 8GB RAM dan storan 256GB ditawarkan pada harga RM799. Peranti ini dijual secara eksklusif melalui kedai dalam talian seperti mi.com, TikTok, Shopee dan Lazada.