Redmi Note 17 dan 17 Pro Dilancarkan Dengan Skrin 7″ dan Bateri 9000 mAh

TechnologyDigital
15 Jul 2026 • 1:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi Note 17 dan 17 Pro Dilancarkan Dengan Skrin 7″ dan Bateri 9000 mAh

Pada tahun 2014,. saya mengulas Xiaomi Redmi Note yang mempunyai skrin 5.5″ yang dilabel gergasi pada waktu tersebut. Selepas sedozen tahun, Redmi Note 17 dan 17 Pro telah dilancarkan semalam dengan skrin jauh lebih besar sehingga 7″ dan bateri yang juga berkapasiti tinggi.

Image from: Redmi Note 17 dan 17 Pro Dilancarkan Dengan Skrin 7″ dan Bateri 9000 mAh

Kita mulakan dengan Redmi Note 17 yang hadir dengan skrin 7″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 4 Gen 4, memori sehingga 8GB RAM LPDDR4x, storan sehingga 256GB UFS 2.2 (dengan slot micro SD) dan bateri 8000 mAh yang menyokong pengecasan 45W.

Ini dipadankan dengan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP. Adalah jarang sekali melihat peranti model ditawarkan dengan satu kamera utama sahaja. Melengkapkan spesifikasi ialah peranti melepasi piawaian kalis air serta debu IP65.

Image from: Redmi Note 17 dan 17 Pro Dilancarkan Dengan Skrin 7″ dan Bateri 9000 mAh

Seterusnya Redmi Note 17 Pro hadir pula dengan skrin 6.83″ OLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 6s Gen 4, memori sehingga 12GB RAM LPDDR4x, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri 9000 mAh yang menyokong pengecasan lebih pantas 67W.

Ini dipadankan dengan kamera utama 50MP dan kedalaman 2MP dengan kamera swafoto 8MP. Adalah jarang sekali melihat peranti model ditawarkan dengan satu kamera utama sahaja. Melengkapkan spesifikasi ialah peranti menggunakan HyperOS 3, pengimbas cap jari bawah skrin, melepasi piawaian kalis air serta debu IP69K, speaker stereo, pemancar IR dan tiada slot kad micro SD.

Di China harga jualan Redmi Note 17 bermula RMB 1,300 (~RM 782) untuk versi 6/128GB dan Redmi Note 17 Pro pula bermula RMB 1,600 (1RM 962) untuk versi 8/128GB.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved