Redmi Pad SE Dilancarkan Dengan Skrin 11″ 90Hz, Snapdragon 680 Dan Bateri 8000mAh

TechnologyDigital
16 Aug 2023 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meluaskan lagi portfolio produknya, Redmi kini hadir dengan tablet baharu menerusi Pad SE. Direka khusus buat profesional muda dan pelajar, ia menggabungkan pelbagai ciri memadai yang sudah semestinya bermanfaat untuk golongan-golongan itu sendiri.

image is not available

Bermula dengan skrin, iaanya sejenis LCD sebesar 11″ FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 90Hz. Ini digabungkan lagi dengan nisbah aspek 16:10, nisbah kontras 1500:1 dan kecerahan puncak 400nits untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

image is not available

Seterusnya cip Snapdragon 680, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 128GB digunakan sebagai tunjang utama. Dalam masa sama ia turut dilengkapi kamera utama 8MP dengan kemampuan rakaman video 1080P. Sementara itu, kamera hadapan 5MP pula boleh digunakan untuk panggilan video dan tangkapan gambar swafoto.

image is not available

Bateri yang disertakan juga besar iaitu 8,000mAh tetapi sayangnya sistem pengecasannya hanya terhad pada 10W sahaja. Redmi Pad SE boleh didapati dalam pilihan warna Lavender Purple, Graphite Gray dan Mint Green dengan harga jualan bermula €199 (~RM1,006).

Menariknya lagi apabila tablet ini turut telah ditemui menerusi laman pensijilan SIRIM Malaysia. Ini memberi petanda ia bakal ditawarkan di pasaran tempatan namun persoalan yang timbul kini hanyalah mengenai ketersediaannya. Sama-sama kita nantikan.