Redmi Perlihatkan Teknologi Pengecasan Pantas 300W – Cas Penuh Telefon 100% Dalam Masa Kurang 5 Minit

TechnologyDigital
28 Feb 2023 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Redmi hari ini memperlihatkan teknologi baharu yang dibangunkan mereka, iaitu kebolehan pengecasan pantas pada kadar 300W.

Melalui teknologi ini, ia memperlihatkan kebolehan mengecas penuh bateri 4100mAh pada telefon Redmi Note 12 Pro+ dalam masa hanya 5 minit.

Menggunakan video yang dikongsikan, Redmi memperlihatkan pengecasan sehingga 50% dalam masa hanya 2 minit 13 saat, dan dapat mencapai pengecasan penuh 100% dalam masa kurang 5 minit.

Buat masa ini, teknologi ini diumumkan sebagai memperlihatkan keupayaan yang boleh dibawa oleh pengecas pantas. Ia tidak diketahui lagi bilakah Redmi atau Xiaomi akan mengintegrasikan teknologi ini pada produk keluaran mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved