Redmi Smart Band 2 Kini Di Malaysia Pada Harga RM149

TechnologyDigital
15 Feb 2023 • 1:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi Malaysia kini membawa masuk satu lagi produk dibawah jenama Redmi untuk pasaran tempatan, iaitu Redmi Smart Band 2.

image is not available

Gelang tangan pintar yang menyasarkan gaya hidup aktif ini hadir dengan skrin 1.47-inci berwarna dengan paparan TFT, disamping turut menyertakan bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan.

Jam tangan pinta rini juga turut hadir dengan sensor denyutan nadi, selain pilihan penggunaan sehingga 30 mod kecergasan. Ini sekaligus memudahkan anda memantau sejumlah data berkaitan ketika anda melakukan aktiviti pada setiap hari.

Disamping itu, gelang tangan pintar ini turut menyertakan sokongan pemantauan corak tidur, dan menyediakan laporan berkaitan dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan gelang tangan pintar ini pada harga RM139 sehingga 28 Februari 2023 kelak sebagai promosi pengenalan, dan seterusnya ia akan mengikut harga jualan biasa, iaitu RM149.x

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved