Redmi Watch 6 kini boleh didapati di Malaysia dengan reka bentuk bergaya serta ciri moden. Ia hadir dengan berat sekitar 31g tanpa tali manakala bingkainya diperbuat daripada aluminium aloi bersama tali TPU dengan panjang antara 135mm hingga 205mm.

Paparannya menggunakan skrin AMOLED berbentuk segi empat berukuran 2.07 inci dengan resolusi 432 × 514 piksel (324 PPI), serta menyokong kadar segar semula 60Hz, nisbah skrin-ke-badan 82% dan tahap kecerahan sehingga 2000 nits untuk menjadikannya jelas walaupun di bawah cahaya matahari.

Ia juga digabungkan dengan pelbagai sensor seperti sensor kadar denyutan jantung dengan sokongan SpO₂, accelerometer, sensor cahaya ambien dan kompas elektronik. Selain itu, ia menyokong sistem satelit GPS, Galileo, Glonass, BeiDou serta QZSS untuk penjejakan lokasi yang lebih tepat. Dari segi bateri, ia dilengkapi kapasiti 550 mAh dengan ketahanan sehingga 24 hari (penggunaan ringan), 12 hari (penggunaan biasa) dan sehingga 7 hari (penggunaan berat).

Tidak ketinggalan, ia turut menawarkan ciri lain seperti ketahanan air 5ATM, sokongan Bluetooth 5.4, panggilan Bluetooth dengan pembesar suara dan mikrofon, storan dalaman 512 MB serta serasi digunakan dengan peranti Android 8.0 ke atas dan iOS 14 ke atas. Harga jualan di Malaysia ialah RM469 dengan promosi serendah RM369 untuk masa terhad.
