Reen Rahim meluat asyik keluar berita pasal F.L – “Lemaslah aku tengok”

12 Jan 2024 • 10:32 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Reen Rahim akui meluat dengan berita membabitkan seorang individu yang mempunyai huruf F.L sebagai nama asyik keluar di ‘timeline’ Instagram miliknya sejak kebelakangan ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram semalam, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim memuat naik satu foto yang mengandungi luahan hatinya berhubung berita individu tersebut.

“Dah berapa hari buka IG berita F.L naik je. Lemaslah aku tengok,” katanya.

Malah, pelakon berusia 36 tahun itu juga meminta bantuan daripada orang ramai untuk mengajarnya cara menghalang berita berkaitan individu itu dari terus muncul di ‘timeline’.

“Macam mana nak setting benda ni jangan naik kat wall aku eh? Tolong guys,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan rasa kurang senang apabila berita mengenai individu F.L itu turut muncul di ‘timeline’ mereka.

Samalah, kami pun meluat….

image is not available

Tulah, semak jee…

image is not availableAttention seeker betul!

image is not available

Reen Rahim meluat asyik keluar berita F.L, aku pun geram

image is not available

Kami pun dah bosan

image is not available

Sementara itu, terdapat juga individu yang memberikan beberapa cadangan kepada Reen agar dia tidak perlu melihat berita berkaitan dengan individu F.L tersebut.

Block je IG..

image is not available

Tekan butang hide..

image is not available

Unfollow beliau…

image is not available

Ada butang ‘not interested’

image is not available

Mute story, baru tenang…

image is not available

Pada masa yang sama, ada juga warganet yang meninggalkan komen mempersoal siapakah individu yang dimaksudkan oleh Reen itu.

Freelancer ke?

image is not available

F.L tu apa?

image is not available

Hmm agak-agak siapa dimaksudkan oleh pelakon drama Pujaan Hati Kanda tu? Takkanlah sejenis produk yang membersihkan hati pula!

Sumber: Instagram Reen Rahim