Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu

2 May 2023 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reezal

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang kesembilan berkuatkuasa serta-merta.

Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) serta menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Luar (2015-2018).

Dalam kenyataannya pada Selasa, Reezal berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi MATRADE dan berusaha untuk memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik bagi mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh.

MATRADE turut menyambut baik pelantikan itu memandangkan pengalaman Reezal yang luas dalam hal ehwal antarabangsa, diplomasi, pentadbiran kerajaan dan perhubungan industri akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia dalam pasaran global baharu.

MATRADE ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved