Reformasi Pendidikan, Langkah Tampung Kenaikan Kos Haji Antara Tumpuan Dewan Rakyat

LocalPolitics
13 Mar 2023 • 9:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Selesai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Pelan bagi merealisasikan reformasi pendidikan di institut pengajian tinggi dan langkah kerajaan menampung peningkatan kos untuk mengerjakan ibadah haji serta umrah, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan mengenai reformasi pendidikan itu diajukan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) kepada Menteri Pendidikan Tinggi. 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) pula ingin tahu langkah serta bantuan disediakan kerajaan bagi menampung peningkatan mendadak kos untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Turut tersenarai, soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) meminta penjelasan Menteri Pertahanan berhubung pelaksanaan skim Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen khususnya kategori B40.

Soalan mengenai kualiti dan kos perkhidmatan 5G yang ditawarkan syarikat telekomunikasi, usaha mengurangkan kos kepada pengguna serta tempoh masa liputan 5G di seluruh negara boleh dicapai pula diajukan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Komunikasi dan Digital. 

Selesai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan sambungan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa. 

Menurut takwim di laman Parlimen, rang undang-undang itu akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved