Rekaan Honor Magic5 Pro Diperlihatkan Dengan Dwi-Kamera Swafoto

TechnologyDigital
14 Feb 2023 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Honor telah mengesahkan kehadirannya di acara MWC 2023 dan siri Honor Magic5 merupakan antara produk yang bakal diumumkan kelak. Secara tradisinya terdapat lebih daripada satu model disediakan yang merangkumi variasi pro. Perkongsian baharu kini mendedahkan rekaan skrin hadapan untuk Honor Magic5 Pro.

image is not available

Nampaknya tiada perubahan mendadak yang berlaku pada panel hadapan peranti generasi baharu ini. Penggunaan skrin melengkung pada kedua-dua sisi masih dikekalkan. Dalam masa sama, saiz bezel juga seimbang pada keempat-empat sisi peranti. Perbezaan ketara yang boleh dilihat menerusi lubang kamera berbentuk pil yang menempatkan dwi-kamera swafoto di sudut kiri atas.

Paparan aplikasi kamera pada peranti turut mendedahkan kebolehan zum dengan empat pilihan tersedia. Ianya merangkumi jarak 0.5X, 1X, 3.5X dan 5X yang dipercayai sokongan untuk zum optikal. Ia juga mengekalkan sebilangan mod kamera yang sedia ada seperti NIght, Portrait, Photo, Video dan Movie.

image is not available

Bagaimanapun kita boleh menjangkakan terdapat juga mod kamera baharu yang mungkin disertakan pada peranti ini. Ini sahaja maklumat yang diketahui buat masa ini. Namun Honor semestinya akan berkongsi lebih banyak dalam masa terdekat ini. Nantikan.