Rekaan Honor X40i Diperlihatkan Dalam Video Promosi Pendek

TechnologyDigital
12 Jul 2022 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pasaran telefon pintar akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih banyak pilihan produk baharu. Misalnya seperti Honor yang bakal memperkenalkan X40i pada 13 Julai 2022. Ia merupakan pengganti kepada Honor X30i yang diumumkan pada tahun lalu. Lebih menarik, rekaannya kini diperlihatkan sepenuhnya dalam video promosi pendek di Weibo.

image is not available

Ia menunjukkan Honor X40i dalam warna merah jambu dengan kemasan panel belakang yang dipenuhi setiap sudutnya berbentuk motif berlian. Difahamkan, kemasan ini kelak dikenali dengan nama Rose Galaxy. Seterusnya, terdapat dwi-bonggol kamera yang memuatkan sistem dwi-kamera dengan lensa bersaiz gergasi. Panel hadapan pula sejenis rata dan berlubang dengan kamera swafoto tunggal dan saiz bezel yang nipis. Tidak ketinggalan, ia turut dipadankan dengan tubuh yang berkotak.

image is not available

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai perkakasan dalaman peranti. Segala persoalan ini bakal terjawab selepasz peranti dilancarkan secara rasmi kemudian.

View Original Article