Insta360 bukan pelopor kamera 360 darjah tetapi mereka mungkin bertanggungjawab mempopularkannya kerana kamera mereka ditawarkan pada harga lebih mampu milik. Hujung minggu lalu, rekaan kamera Insta360 X6 telah tertiris menerusi laman WinFuture menunjukkan saiz yang lebih kecil berbanding Insta360 X5.

Ia masih hadir dengan dua lensa mata ikan di depan dan belakang bagi menawarkan rakaman 360 darjah. Paling ketara ialah saiznya yang lebih kecil berbanding model terdahulu yang lebih panjang. Dari segi saiz, ia kini mempunyai rekaan yang lebih sama dengan sebuah kamera aksi biasa.

Dalam laporan yang sama, Insta360 X6 dikatakan boleh melakukan rakaman 8K 50FPS 360 darjah yang meningkat daripada 80K 30FPS 360 darjah sahaja pada X5. Dengan DJI diharamkan di Amerika Syarikat dan GoPro pula mungkin gulung tukar, Insta360 menggunakan kesempatan ini untuk menawarkan kamera dalam pasaran yang bakal didominasi oleh mereka.



