Rekaan Konsol Permainan Mudah Alih MSI CLAW Diperlihatkan

TechnologyDigital
6 Jan 2024 • 12:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perkongsian MSI sebelum ini menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila muncul dengan video mempromosikan produk baharu. Bagaimanapun ia seakan terjawab apabila kini tular pula poster promosi yang memaparkan sebuah konsol permainan mudah alih keluaran pengeluar berkenaan.

image is not available

Ia dikenali sebagai MSI Claw dengan rekaan seumpama sebuah ASUS ROG Ally. Terdapat dua butang analog dilengkapi lampu RGB bewarna-warni, empat butang pemuka (X, Y, A, B), satu butang D-Pad dan pembesar suara di bahagian hadapan. Ini dipadankan pula dengan penjenamaan MSI yang jelas terpampang di bahagian paparan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan – ROG Ally

Tiada butiran lanjut mengenai spesifikasi didedahkan buat masa ini. Namun markah penanda aras tertiris menunjukkan konsol ini boleh dijana dengan pemproses Intel Meteor Lake baharu yang berkemungkinan besar Intel Core Ultra 7 155H. Konsol ini dikatakan akan muncul di pentas utama CES 2024.